D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU SRI AMAN TEL : 019.397.8187

Wednesday, 26 February 2020

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan

         Pada 26 Februari yang lepas, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan di SK Batang Ai telah diadakan. 

           Pihak sekolah berharap supaya jawatan pengawas yang digalas oleh murid-mruid sekolah mampu memupuk kemenjadian murid-murid dalam kalangan pengawas SK Batang Ai. Pihak sekolah turut berharap supaya dapat melahirkan pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. 

               Hal yang sedemikian kerana pihak sekolah percaya bahawa sifat kempimpinan yang diasah dari peringkat sekolah lagi sesungguhnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan pemimpin yang berdedikasi. 

     Justeru itu, Majlis ini diharapkan mampu memberi suntikan semangat kepada pengawas-pengawas sekolah dan pusat sumber untuk menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan penuh dedikasi demi membantu para-para guru untuk mencapai matlamat sekolah dalam mengurangkan kes disiplin sekolah. 







Ucapan daripada En. William, PK HEM SK Batang Ai.











Penyampaian Watikah Perlantikan Kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah




Penyampaian Watikah Perlantikan Kepada Pengawas  Sekolah




Bacaan Ikrar Pengawas Diketuai Oleh Adik Steffany Laman, 
Ketua Pengawas Sekolah SK Batang Ai 2020




Sesi Bergambar bersama Guru-Guru Displin. 



2 comments:

  1. Tahniah kepada Unit HEM di atas kejayaan melantik JK Pengawas sekolah SK Batang Ai Tahun 2020

    ReplyDelete