D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU SRI AMAN TEL : 019.397.8187

Monday, 17 February 2020

Program Jom Ke Sekolah (Aram Ke Sekula)

      Pada 17 Februari yang lepas, Sekolah Kebangsaan Batang Ai telah mengadakan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Jom Ke Sekolah Peringkat Sekolah. Program tersebut dimulakan dengan ketibaan tetamu iaitu, Koperal Jazidi sebagai wakil Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).  Beliau turut menyampaikan perutusan daripada Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada En Louis Eri, Guru Besar. Beliau juga turut menerangkan tentang Program Jom Ke Sekolah kepada murid-murid. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program ini juga diharapkan dapat menghindar murid daripada ponteng sekolah, membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Majlis tersebut diakhiri dengan simbolik Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS. 





Guru-guru dan pihak AKP sekolah menyambut ketibaan murid-murid ke sekolah.







Guru-Guru dan pihak AKP sekolah.









Ucapan perutusan Ketua Polis Negara disampaikan oleh Koperal Jazidi. 








Ucapan daripada En. Louis Eri, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batang Ai.






Simbolik Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah.







Pelancaran Buku Panduan PSS.











Sesi bergambar bersama murid-murid.


















Sesi bergambar bersama        guru-guru dan
 pihak AKP.

2 comments:

  1. Tahniah kepada JK Program JOM ke sekolah peringkat SK Batang Ai Tahun 2020.

    ReplyDelete