Pada 17 Februari yang lepas, Sekolah
Kebangsaan Batang Ai telah mengadakan Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM: Jom Ke
Sekolah Peringkat Sekolah. Program tersebut dimulakan dengan ketibaan tetamu
iaitu, Koperal Jazidi sebagai wakil Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Beliau turut menyampaikan perutusan daripada Ketua
Polis Negara iaitu Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Majlis diteruskan dengan
ucapan alu-aluan daripada En Louis Eri, Guru Besar. Beliau juga turut
menerangkan tentang Program Jom Ke Sekolah kepada murid-murid. Program ini
bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama yang lebih mantap antara pihak
sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Program ini juga diharapkan dapat menghindar murid daripada ponteng sekolah,
membantu mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama
ada di dalam atau di luar sekolah.
Majlis tersebut diakhiri
dengan simbolik Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Jom ke Sekolah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dan Pelancaran Buku Panduan PPS.
Guru-guru dan pihak AKP sekolah
menyambut ketibaan murid-murid ke sekolah.
Guru-Guru dan pihak AKP sekolah.
Ucapan perutusan Ketua Polis Negara
disampaikan oleh Koperal Jazidi.
Ucapan daripada En. Louis Eri, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Batang Ai.
Simbolik Perasmian Majlis Permuafakatan
KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah.
Pelancaran Buku Panduan PSS.
Sesi bergambar bersama murid-murid.

Sesi bergambar bersama guru-guru dan
pihak AKP.
Tahniah kepada JK Program JOM ke sekolah peringkat SK Batang Ai Tahun 2020.
ReplyDeleteTerima Kasih Cikgu.
ReplyDelete