Pada 10 Februari yang lepas, Sekolah Kebangsaan Batang
Ai telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Sekolah
untuk tahun 2020. Program tersebut dimulakan dengan ketibaan tetamu iaitu, En
Encik Johnson Tampi selaku YDP Sekolah.
Majlis
diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada En Louis Eri, Guru Besar. Beliau
juga turut menerangkan tentang Program Ziarah Cakna kepada murid-murid. Program
ini merupakan usaha guru untuk menarik perhatian murid-murid ke sekolah dengan
mengadakan lawatan ke rumah murid-murid. Guru akan bertemu dengan ibu bapa atau
penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid.
Selain itu, melalui lawatan yang dilakukan, diharap guru dapat mengumpul
maklumat keluarga murid untuk memahami latar belakang murid berdasarkan tempat
mereka dibesarkan.
Program tersebut diteruskan lagi
dengan ucapan perasmian oleh Encik Johnson Tampi. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa
program sebegini dapat memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibubapa
dan penjaga. Majlis tersebut diakhiri dengan aktiviti penyampain cenderahati
daripada pihak sekolah kepada Encik Jonhson Tampi.
Ketibaan murid-murid
di dewan Jubli Perak
Ucapan alu-alaun oleh
En. Louis Eri, Guru Besar
Ucapan perasmian oleh
En. Johnson Tampi, YDP Sekolah.
Penyampaian
cenderahati daripada pihak sekolah kepada En. Johnson.
Tahniah semua warga SKBA. Bersama-sama kita cakna terhadap murid-murid.
ReplyDeleteTerima Kasih Cikgu.
ReplyDelete