D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU SRI AMAN TEL : 019.397.8187

Monday, 13 April 2020

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19

     Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 26 Mac 2020 telah meluluskan garis panduan berkenaan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru, ibu, bapa dan murid dalam melaksanakan PdP sepanjang tempoh PKP. 

    Hal ini sedemikian bagi menzahirkan komitmen KPM dalam memastikan murid-murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat. Bagi maksud ini, guru tidak dibenarkan ke sekolah dan hendaklah melaksanakan semua tugasan dari rumah. 

    Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Batang Ai turut memberi komitmen yang padu terhadap inisiatif ini. Inisiatif guru berinteraksi dengan murid-murid dan ibu bapa menggunakan media sosial seperti WhatsApp dan Google Classroom dalam memberi nota dan latihan sepanjang PKP. Berikut merupakan Jadual Waktu Pembelajaran Kendiri sepanjang temph PKP. 


1 comment:

  1. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru serta ibu bapa yang telah bekerjasama dakam mempastikan kelangsungan pdp terus dijalankan waktu pkp ini. Teruskan usaha guru2 dalam mendidik anak2 kita. Tahniah

    ReplyDelete