Pustaka Negeri Sarawak menyatakan bahawa Jom Baca Bersama merupakan program membaca bersama secara serentak sempena Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.
Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Batang Ai tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut dengan kerjasama daripada murid-murid dan guru-guru. Murid-murid memberi kerjasama yang padu dengan membaca buku dari rumah kemudian merakam gambar dan video mereka masing-masing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa di rumah yang sentiasa menyokong program murid-murid dan membantu melaksanakannya di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP).
Gambar 1 : Penyertaan dari kalangan murid-murid SKBA
Terima kasih semua warga SK Batang Ai serta ibubapa yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan program membaca
ReplyDelete