Video 1: Aktiviti Persediaan Pengoperasi Sekolah Pasca Covid-19 (Fasa 1)
Video 2: Aktiviti Persediaan Pengoperasi Sekolah Pasca Covid-19 (Fasa 2)
Video 3: Aktiviti Persediaan Pengoperasi Sekolah Pasca Covid-19 (Fasa 3)
Pada masa ini, dunia sedang menghadapi era pasca Covid-19, walaupun ancaman Covid-19 yang kian reda dalam tempoh masa yang singkat ini, telah memberi impak yang besar kepada sekolah Batang Ai. Banyak norma baru yang yang diberikan perhatian khusus di sekolah dan mulai dilaksanakan pada 10 Jun 2020 yang lepas. Norma baru yang dijalankan akan kekal bersama arus perubahan semasa.
Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh pihak sekolah sama ada guru-guru, ahli kumpulan pelaksana dan perkerja swasta adalah seperti membuat tanda penjarakkan sosial 1 Meter di kawasan sekolah, membuat saringan suhu badan di pondok keselamatan sebelum masuk ke kawasan sekolah, menyediakan hand sanitizer untuk digunakan di sekolah, dan sebagainya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan keselamatan dan kebersihan Sekolah Kebangsaan Batang Ai terjamin.
#NormaBaru
#Kitajagakita
#Kitateguhkitamenang
Tahniah kepada semua warga SK Batang Ai di atas komitmen anda menjayakan SOP pembukaan semula sekolah. Tahniah kepada penyelaras SOP yang diterajui unit HEM iaitu PK HEM Cikgu Willie Thedeus di atas usaha beliau dalam mempastikan segalanya mengikut SOP yang telah disediakan.
ReplyDelete