D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU SRI AMAN TEL : 019.397.8187

Saturday, 1 August 2020

Porgram Persekitaran Berkualiti, menjana Kemenjadian Murid

Penambahbaikan Prasarana  Dan Keceriaan Pusat Sumber Sekolah SK Batang Ai

           Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu, sumber  dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga Sekolah Kebangsaan Batang Ai untuk menggunakan PSS dengan optimum.

Berikut merupakan gambar-gambar PSS SK Batang Ai sebelum penambahnaikan prasarana dan keceriaan dijalankan: 












Berikut merupakan gambar-gambar PSS SK Batang Ai semasa kerja penambahnaikan prasarana dan keceriaan dijlalankan: 









Berikut merupakan gambar-gambar PSS SK Batang Ai selepas kerja penambahnaikan prasarana dan keceriaan dijlalankan: 













            Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru dan pekerja-pekera swasta sekolah yang memberi kerjasama yang padu dalam menyempurnakan tugasan mencantikan PSS SK Batang  Ai. Semoga dengan pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


3 comments:

  1. Tahniah kepada ajk pusat sumber sekolah serta staf yang telah terlibat dalam transformasi pusat sumber sekolah.

    ReplyDelete