D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU SRI AMAN TEL : 019.397.8187

Thursday, 23 April 2020

Jom Baca Bersama

           Pustaka Negeri Sarawak menyatakan bahawa Jom Baca Bersama merupakan program membaca bersama secara serentak sempena Hari Buku Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran dan memupuk minat membaca di kalangan masyarakat. 

       Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Batang Ai tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut dengan kerjasama daripada murid-murid dan guru-guru. Murid-murid memberi kerjasama yang padu dengan membaca buku dari rumah kemudian merakam gambar dan video mereka masing-masing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa di rumah yang sentiasa menyokong program murid-murid dan membantu melaksanakannya di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP)

   


Gambar 1 : Penyertaan dari kalangan murid-murid SKBA




Monday, 13 April 2020

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19

     Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 26 Mac 2020 telah meluluskan garis panduan berkenaan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru, ibu, bapa dan murid dalam melaksanakan PdP sepanjang tempoh PKP. 

    Hal ini sedemikian bagi menzahirkan komitmen KPM dalam memastikan murid-murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat. Bagi maksud ini, guru tidak dibenarkan ke sekolah dan hendaklah melaksanakan semua tugasan dari rumah. 

    Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Batang Ai turut memberi komitmen yang padu terhadap inisiatif ini. Inisiatif guru berinteraksi dengan murid-murid dan ibu bapa menggunakan media sosial seperti WhatsApp dan Google Classroom dalam memberi nota dan latihan sepanjang PKP. Berikut merupakan Jadual Waktu Pembelajaran Kendiri sepanjang temph PKP.