Pada 16 September yang lalu, kita telah menerima berita yang menyedihkan bahawa terdapat sebuah rumah panjang di Engkelili yang berlaku sekitar jam 5.13 petang. Rumah panjang tersebut ialah rumah Nanga Tagee, Rasau di Engkelili. Oleh yang demikian, En. John anak Ali, Penolong Kanan Ko-kurikulum telah mencadangan cadangan yang prihatin untuk membantu mangsa kebakaran tersebut. Setelah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua guru, SK Batang Ai menyumbangkan bantuan dalam bentuk barangan makanan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Berikut merupakan video dan gambar yang telah dirakam sepanjang aktiviti SK Batang Ai Prihatin tersebut.
Semoga bantuan yang disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang tersebut dapat meringan beban mereka serba-sedikit. Warga SK Batang Ai berharap semua mangsa dapat bersabar dan sentiasa bertabah.
No comments:
Post a Comment