D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU SRI AMAN TEL : 019.397.8187

Thursday, 30 January 2020

Hari Sukan MSSR Zon Lubok Antu

             Hari Sukan MSSR Zon Lubok Antu telah diadakan pada 30 Januari sehingga 7 Februari 2020. SK Batang Ai merupakan Tuan Rumah bagi Sukan MSSR Zon Lubok Antu pada tahun 2020. Hari Sukan MSSR Zon Lubok Antu untuk acara Olahraga diadakan selama 3 hari berturut-turut di Kompleks Sukan, Lubok Antu. Dalam persediaan atlet-atlet cilik SK Batang Ai, semua guru dan murid-murid berusaha menjalankan latihan dalam acara masing- masing. 

Hari Pertama Simulasi Sukan


Hari Kedua Simulasi Sukan

Hari Ketiga Simulasi Sukan


          Sekolah Kebangsaan Batang Ai berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi Sukan MSSR Zon Lubok Antu. Berikut merupakan acara yang mendapat tempat dalam acara-acara Olaharaga dan aktiviti Ko-akedemik yang dipertandingkan sepanjang Sukan MSSR Zon Lubok Antu.
  1. Acara Bola

  • Pertandingan Bola Jaring - Tempat Ketiga
  • Pertandingan Sepak Takraw - Tempat Ketiga
  • Pertandingan Bola Baling  (Lelaki) - Tempat Pertama
  • Pertandingan Bola Sepak - Tempat Kedua

     2. Pertandingan Ko-Akademik

  • Choral Speaking - Tempat Ketiga
  • Bercerita BM Tahap 1 - Tempat Pertama
  • Bercerita Sains dala BM tahap 1 - Tempat Kedua
  • Public Speaking - Tempat Ketiga
  • Nyanyian Solo - Tempat Ketiga
  • Action Song - Tempat Ketiga
  • Tarian - Tempat Ketiga
     3. Olahraga (Kedudukan Pingat dan Mata SR)
         
       SK BA berjaya mendapat Tempat Pertama Keseluruhan Olahraga dengan kutipan pingat sebanyak :-
  • 16 Emas 
  • 11 Perak 
  • 10 Gangsa

Pertandingan Bola Baling

Pertandingan Action Song

Pertandingan Bola Sepak

Acara 4 x 100 M (L11) - Emas

Juara Keseluruhan Acara Olahraga

Skuad SK BA 




Wednesday, 1 January 2020

Warga SK Batang Ai


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
KOD SEKOLAH
YBA 2301
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
SK BATANG AI
D/A JABATAN PELAJARAN DAERAH
LUBOK ANTU 95900 LUBOK ANTU
TARIKH PENUBUHAN
5 JANUARI 1987
NO.TELEFON SEKOLAH / GURU BESAR
TIADA
019- 583 5689 ( Guru Besar )
ALAMAT EMAIL
JUMLAH GURU 
28 ORANG
JUMLAH BUKAN GURU
9 ORANG
JUMLAH KESELURUHAN MURID
362 ORANG
KAWASAN BANDAR
SRI AMAN,SARAWAK
KATEGORI SEKOLAH
LUAR BANDAR
PPD
PPD LUBOK ANTU
GRED SEKOLAH
A (SESI PAGI SAHAJA)
KEMUDAHAN ASAS
BEKALAN ELEKTRIK 24 JAM (SESCO ) 
BEKALAN AIR PAIP JABATAN KERJA RAYA ( JKR )

Sejarah Sekolah


Penubuhan SK Batang Ai berkait rapat dengan pembinaan empangan Batang Ai bagi kemudahan elektrik hidro pertama dan terbesar di Sarawak. 

Lima buah sekolah rendah berdekatan terpaksa ditutup berikutan pembinaan projek gergasi ini ialah:-




1.SRK Ulu Kaong

2.SRK Sg.Ara

3.SRK.Ng Mepi

4.SRK Ng.Jela

5.SRK Ng.Delok

       
  Guru dan pelajar sekolah berkenaan dipindahkan ke SK Lubok Antu,SK Skarok dan SK Sbangki.

SK Batang Ai dengan bangunan baru hanya beroperasi mulai 5 Januari 1987. Pada hari Ahad, 14 Julai 1991 sekolah ini dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


SELAMAT DATANG KE SK BATANG AI